Main game online dengan Xbox?
Posted by: khairul in Internet, XBMC, evolution, gaming, panduan, xbox, xlink kaixbox online: untuk peminat xbox dan gamer konsol
Panduan yang saya buat ini pernah saya tulis didalam forum putera.
Kini saya susun dan tulis semula panduan xbox online ini di blog sendiri sebagai panduan semua terutamanya pengguna xbox.
Panduan ini mengajar bagaimana main game xbox secara online selain arena Xbox live.
Bahan-bahan yang diperlukan ialah seperti berikut.
Perkakasan :-
-xbox yang telah di modifikasi dengan modchip.
-PC yang mempunyai network card/switch/router(untuk Lan ke xbox) dan mempunyai capaian internet.
Aplikasi yg diperlukan:
-xlinkkaievo7-win32(pasang di komputer)
-aplikasi XBMC(Xbox_Media_Center_1.1)- versi terbaru mempuyai aplikasi xlink kai terbina dalam.
Daftar sebagai rakan xlink kai.
Pertama kali kita harus mendaftar sebagai ahli xlink kai :-
Daftar di sini :http://www.teamxlink.co.uk/
Selepas pendaftaran selesai, muaturun xlinkkai_evo7 dilaman teamxlink: http://www.teamxlink.co.uk/ (muaturun di laman ‘download section’).
Kemudian muaturun program XBMC versi1.1 atau yang terbaru.Buleh google XBMC dengan menggunakan kata kunci ‘download latest XBMC’.
Menggunakan Komputer dengan akses internet,buka internet explorer dan masuk laman ahli teamxlink http://www.teamxlink.co.uk/ menggunakan nama ahli yang anda daftar awal tadi.
Tiggalkan Internet eplorer sekejap dan install xlinkkaievo7 yang kita download awal tadi.Selepas habis install di komputer, pegi ke taskbar ’start menu’>programs>xlink kai evo7>’start kai config tool’.
Masukkan username dan password apabila diminta,dan ikuti arahan sehingga satu tetingkap ‘config tool’ seperti ini keluar :-

Kemudian klik ‘check box’ launch UI sekali danpilih “Engine only(4 dash.)” di ruang Default profiles.
Kita akan perasan yg ‘check box’ launch UI tadi akan hilang balik,tidak mengapa biarkan sahaja begitu.
Kemudian klik ‘ok’.
Jika semua konfigurasi tiada masalah,kita akan dibawa ke satu tetingkap ‘Xlink kai ‘ begini :-

Sekarang hidupkan xbox kita dan masuk aplikasi XBMC,masuk seting>my programs>xlink kai.
Masukkan butiran seperti dibawah :-

Masukkan installed games dir(directory) di HDD Xbox kita.(dalam gambar f:\games,kalau simpan games pada drive E: tukar dari F: kepada E:) .
Masukkan xlink kai xTag(username kita) dan password.
Masukkan Engine IP add.(rujuk Ip pada komputer kita-network card IP)
Selesai konfigurasi ini sepatutnya kita sudah pun buleh akses ke Gaming Ring Xlink Kai.Sambungkan Xbox ke Komputer menggunakan UTP crosscable dan anda kini sudah bersedia untuk bermain game yang ada didalam HDD anda dengan Gamers xbox yang lain di seluruh dunia!
Xlink Kai Gaming Ring:-
Masuk XBMC pada xbox kita dan pergi ke bahagian ‘xlink kai’,kita akan dapat paparan seperti berikut :-

Kita akan perasan tiada apa-apa pada bahagian ‘tab friends’,kosong sahaja.Tak mengapa,ia kosong sebab kita belum set siapa rakan kita.
Pergi ke tab lain dengan menekan butang trigger(kiri/kanan) untuk gerakkan ke tab ‘games’,'arena’ atau ‘chat’.
Di ruang games itu akan ada senarai games yang buleh kia pilih sebagai rakan mainan.
Di tab ‘arena’ kita buleh host games sendiri atau join games ikut sediada mengikut jenis game yang kita minat.

Selepas turut serta didalam game yang kita miant.kita buleh mula ber bual dengan gamers lain yang berada di dalam arena game yang sama.

Game yang sempat saya cuba di arena xlink Kai :-


Selamat mencuba.





