Ipod shuffle - Muaturun Mp3 dari PC ke ipod
Posted by: khairul in Python, gadget, iPod shuffle Database Builder, iTunes, ipod, mp3, muaturunSemalam saya berpeluang menggodek satu gadget yang popular dikalangan penggemar lagu Mp3 iaitu ipod.Ipod yang saya terokai ini adalah versi ipod shuffle,kecil,kemas dan nampak elegan secocok dengan jenamanya yang gah.
spesifikasi ipod shuffle :-
Size and weight
* Height: 1.07 inches
* Width: 1.62 inches
* Depth: 0.41 inch (including clip)
* Weight: 0.55 ounce
* Volume: 0.5 cubic inch (not including volume under clip)Capacity
* 1GB USB flash drive1
* Holds up to 240 songs in 128-Kbps AAC format2
* Stores data via USB flash driveAudio
* Skip-free playback
* Frequency response: 20Hz to 20,000Hz
* MP3 (8 to 320 Kbps), MP3 VBR, AAC (8 to 320 Kbps), Protected AAC (from iTunes Store, M4A, M4B, M4P), Audible (formats 2, 3 and 4), WAV, and AIFFHeadphones
* Earphones
* Frequency response: 20Hz to 20,000Hz
* Impedance: 32 ohms* spec taken from ipod apple site.
Dengan saiz nya yang lebih kecil daripada kotak mancis,memang tak terasa ianya tergantung dimana-mana bahagian baju kita.
Saya memang tak pernah menyentuh ipod ni,jadi mana tak terkial nya nak cari cara mana hendak memuaturun lagu mp3 ke dalam ruang simpanan ipod.Puas juga saya google ‘ipod PC management’ tetapi tiada satu pun yang beri penerangan yang jelas.
Tak lama lepas tu saya terjumpa juga satu website yang saya faham akan apa yang diterangkan dalam panduan memuaturun lagu ke ipod.
Website itu ialah : http://shuffle-db.sourceforge.net/
Di sana dia ada menyediakan satu aplikasi iaitu ‘ iPod shuffle Database Builder ‘.Melalui aplikasi ini kita buleh pindahkan mp3 dari komputer /PC ke ipod shuffle.Hah! tapi kerja nya tak semudah yang disangka.
Ada beberapa langkah yang kene kita ikut betul-betul sebelum kita buleh pindahkan fail dari pc ke ipod.
pertamanya kita kene muat turun ‘ iPod shuffle Database Builder ‘ ni, buleh muat turun disini : Klik Sini.
Kemudian muaturun iTunes terbaru di laman apple disini : iTunes 7 .
Akhir sekali kit ajuga perlukan aplikasi ini : Python 2.5.
Install aplikasi iTunes7 dan Python 2.5 di PC, kemudian extract fail ‘iPod shuffle Database Builder’ yang kita muaturuntadi ke satu folder.Anda akan nampak satu fail dengan nama “rebuild_db.py”,ingat fail ini.
Sekarang cucuk ipod ke PC kemudian buka aplikasi iTunes 7.Satu paparan windows akan keluar meminta anda memberi nama kepada ipod anda,letak apa-apa nama yang sesuai kemudian iTunes akan paparkan ipod dengan nama yang anda tulis tadi dibahagian ‘DEVICES’.Seperti gambar dibawah saya menggunakan menamakan ipod shuffle saya = ‘My iPod’.
Setelah kita memberi nama pada ipod,kita perlu mengistiharkan ipod kita sebagai ‘removable drive’ agar kita buleh akses kandungan ipod menggunakan ‘explorer’.
Caranya dengan pergi kebahagian setting,kemudian klik pada kekotak ‘enable disk usage’.Kita buleh letak brapa banyak ruang didalam ipod untuk digunakan sebagai ‘removable disk’.

Selepas kita berjaya set ipod sebagai ‘removable disk’ ,kita buleh nampak ipod wujud sebagai satu ‘disk drive’ didalam windows explorer.Seperti gambar dibawah :-

Ingat lagi fail yang bernama ‘rebuild_db.py’ yang saya suruh ingat diatas tadi?Sekarang salin(copy) dan letakkan fail ini didalam ‘root directory’ ipod.
Ok,sekarang kita dah buleh pindahkan fail Mp3 yang kita minat ke dalam ipod.
Mula-mula kita kene masuk dalam folder ‘iPod_Control’,kemudian masuk ke folder ‘Music’ dan kita buleh salin semua fail mp3 kedalam folder ini.Kita juga buleh buat folder baru susuai dengan jenis lagu/artis.

Langkah berikutnya ialah langkah terakhir.Setelah kita berpuas hati dengan fail mp3 yang kita pindahkan tadi.Kita pergi semula ke root directory ipod kita iaitu dengan klik sekali pada nama ipod pada windows explorer.Kemudian klik dua kali pada fail yang bernama ‘rebuild_db.py’.Itu sahaja.Sekarang kitam buleh keluarkan ipod dari pc (eject) dan buleh dengar lagu yang baru kita muaturun tadi.
Selamat mencube ![]()







May 9th, 2007 at 10:29 am
Benar - benar berguna bagi yang memerlukan, terima kasih… frend. OOT