Khairulazmi



Lagi cerita jalur lebar ~ Perak beri jalur lebar percuma?Subscribe Langgan RSS

Perak sedia kemudahan Internet


IPOH 26 Mac – Kerajaan Perak merancang mewujudkan kemudahan Internet jalur lebar tanpa wayar di semua bandar dan pekan di negeri itu mulai Julai ini.Menteri Besar, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali berkata, pada masa ini, 70 peratus kawasan di bandar raya Ipoh telah dibekalkan dengan kemudahan tersebut menerusi 25 stesen menggunakan teknologi Hotzone (Metro-WiFi).Menurutnya, daripada jumlah itu, dua kawasan iaitu di Padang Ipoh dan padang Taman Dr. Seenivasagam dibekalkan dengan kemudahan tersebut secara percuma dengan kapasiti 250 pengguna pada satu-satu masa.Perkhidmatan itu disediakan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama Jaring Communications Sdn. Bhd. (Jaring) dan Red Snapper (M) Sdn. Bhd. dalam usaha menjayakan konsep negeri berasaskan pengetahuan (k-State) menjelang 2010.Mohd. Tajol Rosli berkata, di dua lokasi berkenaan, pengguna boleh mendapat akses Internet secara percuma dalam lingkungan jarak 500 meter hingga satu kilometer dari stesen Hotzone.

..Nampaknya Perak dah mendahului KL dari segi kemudahan jalur lebar(WiFi) percuma untuk satu kawasan yang besar selepas Cyberjaya.

Ini satu perkembangan yang baik untuk terutamanya pengguna jalurlebar tegar seperti internet marketer dan juga pro blogger.Mereka yang sudah ada talian streamyx atau seumpamanya buleh jadikan Hotzone percuma ini sebagai backup line ataupun port internet ke-dua.Pengguna desktop nampaknya perlu lah keluar sikit duit untuk beli wireless adapator jika mahu ambil ‘port’ sama.

Adakah KL akan ikut jejak Perak?Menanam WiFi di lokasi-lokasi strategik,kalau ade dimana agaknya lokasi yang sesuai?Lokasi yang tidak membuatkan jalan raya disekitarnya ‘jammed’.





Article Comments1 Comment

  • eda

    Posted on June 6th, 2007 at 7:23 am

    nak cubalah produk ni… bagus utk anak-anak dan suami isteri , peluang dapatkan duit jugalah ni.. sambil membeli terima lah komisen … lumayan jugak tau. tak caya klik lah


    Edit by admin : maaf,url anda terpaksa saya buang sebab seperti yang saya nyatakan pada komen pertama = sebarang iklan berbentuk komen akan di edit/buang tanpa amaran.
    harap ambil iktibar.
    terimakasih

Leave a Comment

Required
Required (Won't be published)
Optional
Avatar
Add your picture!
Join Gravatar and upload your avatar. It's free!