Perak sedia kemudahan Internet IPOH 26 Mac – Kerajaan Perak merancang mewujudkan kemudahan Internet jalur lebar tanpa wayar di semua bandar dan pekan di negeri itu mulai Julai ini.Menteri Besar, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali berkata, pada masa ini, 70 peratus kawasan di bandar raya Ipoh telah dibekalkan dengan kemudahan tersebut menerusi 25 stesen menggunakan teknologi Hotzone (Metro-WiFi).Menurutnya, daripada jumlah itu, dua kawasan iaitu di Padang Ipoh dan padang Taman Dr. Seenivasagam dibekalkan dengan kemudahan tersebut secara percuma dengan kapasiti 250 pengguna pada satu-satu masa.Perkhidmatan itu disediakan oleh kerajaan... read more >>
Archive for March, 2007
Ada website buleh buat duit kat internet? betul ke buleh?
Buat duit dengan internet + website/blog Sebagaimana ramai yang sudah tahu, ada banyak cara kita buleh buat duit dengan internet,ini termasuk jual produk sendiri (tak kira produk sebenar/fizikal ataupun produk digital),jual produk sediada(komisyen melalui affiliates),ataupun menyertai program payperclick seperti google adsense. Tetapi hari ini saya perasan satu iklan auctionads dari satu blog yang agak menarik.Iaitu penjualan link di ebay. Sebenarnya sebelum ini saya juga pernah terperasan iklan penjualan website dengan trafik yang tinggi di ebay.Tetapi saya tidak begitu ambil peduli kerana masa itu saya belum lagi mempunyai website sendiri. Saya... read more >>
Website berdaftar atasi masalah CD orie?
Kelmarin kecoh berita mengenai ketua sendikit haram yang menawarkan ganjaran wang tunai kepada sesiapa yang berjaya menghapuskan anjing pengesan cd cetak rompak. Anjing pengesan dari jenis `Labrador’ ini di import khas dari Ireland Utara dikatakan dapat menghidu CD cetak rompak,buktinya kejayaan KPDNHEP memberkas kegiatan cetak rompak yang bernilai RM10juta di sebuah pusat membeli-belah di Johor Bahru selasa lepas. Lucky dan Flo (nama dua ekor anjing) yang dilatih khas itu mampu menghidu ‘poly-carbonate’ iaitu bahan mentah yang digunakan untuk membuat DVD, VCD dan CD pada jarak 5 meter. Kaedah ini nampaknya berkesan bagi membuatkan... read more >>
Pakej baru Streamyx dengan kelajuan 2x ganda?
Semalam saya ade beberapa idea untuk menulis blog tetapi saya tidak sempat melontarkannya disini disebabkan kekurangngan masa untuk online. Pada masa ini saya hanya online sekali sekala di pejabat,’rehat time’ tu pun kalau sempat.Cyber cafe satu lagi tempat,ini pada sebelah malam.Biasanya malam susah sikit nak keluar maklumlah dah jadi laki orang,kalau nak keluar kene bawak orang rumah sekali kalau tidak alamat tido sorang-sorang lar huhu. Sebenarnya dirumah saya masih belum ada akses internet.Paham-paham la kan,blogger ni mana buleh tahan kalau takde internet.Macam ade benda tak lengkap betul tak? Ni saya nak tanya,ade tak sesiapa... read more >>
Menjejaki Blogger Berbahasa Malaysia – Bahagian satu
Komuniti blogger kini tidak perlu diperkenalkan lagi. Blogger telah lame bertapak di dunia maya.Namun sejak akhir-akhir ini,komuniti blogger kian pesat dan bilangannya terus bertambah hari demi hari. Mereka ini sudah menggunakan nama domain sendiri.Walaupun blog percuma memberi perkhidmatan yang baik dari mase kesemasa,namun lebih ramai blogger sekarang selesa dan lebih bebas dengan memiliki blog sendiri.Ada yang menggunakan nama sebenar,nama samaran atau pun apa saja nama yg melambangkan peribadi masing-masing. Nama domain dan hosting juga semakin murah sekarang,hampir sesiapa sahaja mampu untuk memiliki laman web sendiri.Tidak hairan lah jika... read more >>
Blog Online Bisnes Berbahasa Melayu dilahirkan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hari ini saya membuat keputusan membuka satu lagi blog pada domain onlinebisnes,tetapi di blog ini saya berceloteh dalam bahasa Melayu. Sudah lama saya tak berceloteh panjang didalam blog.Sebelum ini saya pernah membuat blog peribadi menggunakan perkhidmatan blog percuma iaitu dari blogger. Ada dua blogger yang saya masih pegang sehingga kini.Kedua-duanya saya buat pada tahun 2004 dan 2005 masing-masing.Ermm…tetapi mereka sudah di anaktirikan memandangkan saya sudah mempunyai domain sendiri.. hehe.Biarlah blog tu menjadi kenangan lalu. Tema blog. Pada blog melayu baru saya ini saya tidak mengadkan pada... read more >>

